Dakwah Fardiyah



Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah ‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramahceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah, suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Berikut adalah pesan-pesan khusus mengenai dakwah fardiah:
1.Hendaklah bersungguh-sungguh memberikan sepenuh perhatian, mengikuti perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah fardiah dilaksanakan dalam jangka masa tertentu. Ini dilakukan supaya kita berpuas hati terhadap penerusan, perlaksanaan dan hasil yang diperolehi.
2.Pelaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduan dan tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang bersangkutan dengannya.
3.Usaha dakwah mereka boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka dengan beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan sesuatu pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u.
4.Ketujuh-tujuh marhalah yang telah dinyatakan di atas hendaklah benar-benar dilaksanakan kepada mad’u satu-persatu secara tertib di atas, kemungkinan menyebabkan mad’u tidak menerima apa yang disampaikan. Dapat diperhatikan bahawa setiap marhalah mempunyai hubungan dan kesan langsung dengan marhalah sebelumnya. Sebagai contoh; Apabila kita mengajak mad’u menyertai  jemaah sedangkan dia tidak menerima tanggungjawab umum yang diwajibkan oleh jemaah, maka dia tidak akan memenuhi ajakan tersebut.
5.Keinginan untuk membawa mad’u ke marhalah terakhir tanpa usaha yang gigih dah berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya disetiap marhalah tidah boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u ke tahap itu. Ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu dan goyah tatkala menghadapi dugaan atau gangguan.
6.Perbincangan dengan pelaksanan dakwah fardiah mengenai ketujuh-tujuh marhalah dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dalil atau faktor-faktor yang membantu mad’u menerimanya amat baik dilakukan. Ini adalah untuk memudahkan tugas daie ketika berhadapan dengan mad’u.
7.Selain daripada menjelaskan kesucian jalan dakwah dan semua tuntutannya, usaha-usaha menghilangkan keraguan dan kesamaran (syubhat) terhadap amal Islami, tuntutan-tuntutannya dan aktivis-aktivisnya juga mesti dilakukan. Ini dilakukan supaya sebarang kesan keraguan di dalam dirinya dapat dikikis.
8.Kebaikan dan kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh mereka yang menyahut seruan Allah semestinya ditonjolkan. Begitu juga dengan bahaya besar yang menimpa mereka yang menolaknya. Sesungguhnya uslub yang memberikan galakan dan amaran banyak memberikan kesan kepada apayang disampaikan oleh dai.
9. Para dai mestilah sentiasa tolong menolong dan nasihat menasihati sesama meraka dalam menghadapi halangan dan rintangan, bagaimana merancang dan memanfaatkan pengalaman yang lalu di medan ini.
10.Ketika berada di mana-mana marhalah, mad’u boleh dibantu dengan membekalkan mereka dengan buku-buku, risalah-risalah dan majalah-majalah. Ya Mereka diminta supaya bertanyakan perkara yang kesamaran untuk dijelaskan.
11.Mad’u yang berkemampuan dan didapati layak untuk melaksanakan tugas dakwah, maka dia boleh diminta supaya melakukan tugas tersebut, dijelaskan cara dan diikuti perkembangannya.
12.Keberkatan, taufiq dan penghasilan adalah berkadar dengan keikhlasan, kesungguhan, berlapang dada dan kesabaran.
13.Dakwah fardiah ini dapat dilaksanakan di dalam sebarang suasana dan keadaan, berbeda dengan dakwah am yang kadang-kadang menghadapi tekanan dan rintangan.
14.Dakwah fardiah istimewa kerana ia mewujudkan hubungan dan ikatan dengan mad’u. Ini berbeda dengan dakwah am seperti ceramah dan majlis ilmu kerana ia tidak melahirkan hubungan mesra secara langsung antara dai dan mad’u.
15.Dakwah fardiah memberikan pengalaman dan pelaksananya melakukan dakwah secara praktikal; dakwah yang merupakan kewajiban yang paling utama.
16.Dakwah fardiah membekalkan dai dengan hasil dan bekalan yang akan membantunya melaksanakan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya.
17.Dakwah fardiah memberi kesempatan kepada mad’u untuk meminta penjelasan terhadap setiap kekeliruan dan mampu menghapuskan keraguan dan kesamaran di dalam dirinya. Ini akan menyempurnakan pembentukan peribadinya.

18.  Berdasarkan kiraan secara congak, kita akan dapati hasil dakwah fardiah ini mampu mencapai angka yang berlipat ganda di dalam waktu yang singkat.

Sumber : “Dakwah Fardiyyah”, karya Mustafa Masyhur, hlm 14-15

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama