Hadis dhaif merupakan hadis yang berasal dari periwayatan yang lemah atau matan-nya lemah. Namun bukan berarti itu bukan dari Nabi Muhammad. Hadis Maudhu lah yang bukan bersumber dari Nabi sedangkan Hadis Dhaif adalah hadis Nabi yang mengalami kecacatan dan kelemahan dalam periwayatan sehingga dimungkinkan isi dari hadis itu tidak sama atau tidak sesuai dengan yang asalnya Rasul Riwayatkan.
Ada dua pendapat ulama mengomentari hadis dhaif, pertama boleh digunakan tapi jangan dalam aspek furuiyyah dan fiqh, misalnya untuk kisah dan fadhailul amal (keutamaan amal). Sedangkan, kedua hadis dhaif tidak boleh digunakan sama sekali.
Adapun berikut adalah contoh hadis-hadis dhaif yang diambil dari sumber yang telah melakukan usaha dan jerih payah dalam menterjemahkan, mari kita doakan semoga mereka mendapat amal dan anjaran yang besar disisi Allah.
Sumber: 100 Hadis Dha’if Dan Yang Masyhur dikalangan Masyarakat, alih bahasa http://al-ahkam.net team, zain y.s http://al-ahkam.com.my, Hal 2-5
Mohon maaf sebelumnya karena dari sumber tulisan Arabnya tidak bisa terbaca jadi saya gunakan transliterasinya. Apabila bertemu dengan terjemahan yang sama dan ada Arab-nya itu lebih baik.
“Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dari-Nya.” (Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan)
“Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput” (Albani: Tidak ada asalnya)
“Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya”
(Albani: Tidak sah dari Nabi s.a.w.)
“Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa” (Albani: Tiada asalnya)
“Hanyasanya aku dibangkitkan sebagai guru” (Albani: Dha'if)
“Artinya: Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu” (Albani: Maudhu')
“Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak. Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat).” (Albani: Terlalu Dha'if)
“Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'.” (Albani: Maudhu')
“Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi Allah adalah agung” (Albani: Tiada asalnya)
“Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… Allah akan mengadap wajahnya dan seribu malaikan akan memohon keampunan untuknya.” (Albani: Dha'if)
“Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat” (Ibnu Hajar: Aku tidak mengenalinya).
“Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri” (Ibnu al-Jauzi di al- Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)
إرسال تعليق